CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 31, 2012

kurniaan illahi paling besar buat kami adik beradik..mak dan ayah yg sentiasa faham tuntutan kerja anak-anak, tak pernah meminta walau sesen pon, hanya satu yg mereka sentiasa doakan, "ya Allah engkau satukan lah anak-anak kami, jangan lah engkau jauhkan mereka diantara satu sama lain ya Allah"

Monday, January 30, 2012

~~F3~~

ikhsan gambar dari google =D

sangat suka ayat dari jazman "untuk anak yg ingin berkecimpung dalam sukan, stay fokus, kita anak melayu boleh!!"

hehehe ako xpenah pandai tengok F1, tapi tah mcm mana bole jumpa pelumba F3 =D jodoh org kata..hahahahahaha~ oke bye!

~~kisah HATI~~

ikhsan gambar dr pakcik google, ambik kat sini http://sayapkecilku.blogspot.com/2011/04/kisah-hati-alyah.html

dengan ini aku nak bagi kredit pada persembahan alyah pada malam AJL-26 =D me like it!!

~~keHIDUPan pt6~~

anda melihat dirinya sewaktu dia senang, maka anda rasa dia dimewahkan

anda melihat dirinya sewaktu dia gembira, maka anda merasakan dirinya dimanjakan

anda melihat dirinya sewaktu dia bahagia, maka anda merasakan dirinya tiada tanggungan

anda melihat dirinya sewaktu dia berbelanja, anda merasakan dirinya tiada hutang

pernah tak anda bertanya pada diri anda:

dimana anda sewaktu dirinya sakit

dimana anda sewaktu dirinya sedih

dimana anda sewaktu dirinya buntu mencari jalan

dimana anda sewaktu dirinya hanya ada RM10

lumrah manusia hanya mahu melihat apa yg ingin dilihat..jika diungkit semuanya akan kata "lumrah dunia pasti ada susah senang" tapi kenapa perlu anda semua mengatakan kesenangan org lain tanpa pikir kesusahan yang terpaksa dilaluinya sebelum berjumpa kesenangan??

tiada kesempurnaan dalam kehidupan, janganlah anda menambah berat rasa dihati mereka..mereka tak mintak banyak, hanya ruang untuk mereka berkongsi hidup di bumi Allah..dari Allah kita datang, dan hanya kepada-NYa kita kembali..

~~BETting pt2~~

malam ini akan bermulalah betting, selama tempoh 6bulan, andai ako menang, hadiah paling mahal pernah ako dapat untu burfday ako =D

ya Allah andai ini yang terbaik buat diriku, keluarga ku, dan teman-teman ku, Engkau permudahkanlah segalanya, tetapi anda ia memesongkan akidah ku dari MU, memalingkan diri ku dari keluargaku, teman-teman ku Engkau tariklah nikmat ini, engkau gantilah ia dengan perkara yang membahagiakan diriku, keluarga ku dan teman-teman ku. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui di Langit dan di bumi..dan kepada Engkau aku berserah..

Sunday, January 29, 2012

~~keSEMPURNAan~~

ako tak tahu lah makna kesempurnaan dalam hidup org lain tapi untuk ako,

1- Ako ada TUHAN yang satu, TUHAN yang wajib disembah

2- Ako ader keluarga, mak, ayah, kakak, dan abang.

3- Ako ader kawan, yg ako xpernah terfikir akan ada..

dan ako sentiasa berpegang pada prinsip tiada kesempurnaan dalam kehidupan, jadik ako lebih senang bercakap, hidup ako sekarang "menghampiri kepada kesempurnaan" =D

dulu mungkin ako merasaakan, hanya duit akan melengkap kan segalanya, tapi kini ako masih tertanya-tanya pada mereka yang berkerja berkiblatkan duit =berapa harga keluarga mu?? berapa harga teman mu??

sbb keluarga ku dan teman ku tak ternilai harganya..walau ako ada duit seluas lautan, xmungkin ako mampu membeli mereka..

syukur..syukur..syukur..Alhamdulillah..ako ada mereka, hanya ENGKAU yang Maha Mengetahui di Langit dan di Bumi..

Saturday, January 21, 2012

~~perHITUNGan pt2~~


neway malam td pegi tengok result..demmmmm!! "anda gagal" aishhhhh..

~~VW vs StarWars~~



time tengok video nieh, terus rasa "woahhh COOL!" kannnnn?? KANNNN?!

Friday, January 20, 2012

"alaaaa mcm panjat bukit..panjat bukit kan mcm nieh.."

ako: haaaaaaaaa nieh lah masalah saya, saya xpenah panjat bukit, selalo naik kete jerkkk

"hahahahahahahahaha"

~~perHITUNGan~~


hari nieh adalah hari perhintungan! risau TT_____TT semoga segalanya berjalan baik..Aminnnnn..Aminnnnn..ya Allah permudahkanlah segala urusan ku, andai urusan ini terbaik untuk diri ku Aminnn.. -_____-"

~~pinGGang~~

setelah 2hari bagaikan nenek..nenek si bongkok tiga..td kol 4 baring sambil lapik di bahagian pinggang 15min, pastu bangun baru faham makna tegak yg sebenar =P

ku fikirkan, tiada lagi istilah tegak dalam kamus hidup ku selepas ini =P ternyata, Allah Maha Mengetahui =D

~~status pt36~~

prosessor ipod n iphone 4s tak sama mengapa?? kenapa?? why??!!

Thursday, January 19, 2012

~~status pt35~~

bila org cakap dengan gaya yang salah, bercakap bende yg betol, tetap buat hati ako sakit, tapi bila org yg bijak bercakap dengan ako, bercakap bende yg betol sangat mudah ako menunduk ikut..

hehehehe itulah ako =P

Tuesday, January 17, 2012

~~101 list pt2~~

salah satu impian yg ako nak sangat tapi tak tercapai = anugerah dekan. huhuhuhuhu tapi jangan risau ako ader 101 lagi impian lain, yg ako akan usahakan =D

p/s: hanya satu doaku, semoga keluarga dan teman-temanku, sentiasa dipayungi kebahagiaan dan kegembiraan. Amin..

~~TEMAN pt11~~

syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah, semoga diri ini, keluarga dan teman-teman ku dilindungi Allah, Amin..

Monday, January 16, 2012

~~BETting~~

wow! ader org bet dengan ako, untuk merealisasikan impian ke-6 dan ke-34 =D hahahahahaha~ bet tentang apa, xyah bagi tahu lagi, kalau ako menang nanti ako xplain oke!!

~~boSAN~~

ako tak suka nak sama kan waktu kerja dan waktu bukan kerja, pada ako bila ako nak masa untuk kawan-kawan ako xkan pikir pasal keje, atau pun mencari kerja..

bosan tau tak bila org keep on tanya "eh hari tuh pegi KL tak pegi tengok barang ker??"

iskkkkk..bila nak pegi atas urusan keje 100% masa ako untuk kerja, bila pergi bukan atas urusan keje, kat celah mana yg ko nak carik barang bagai..bosan!

hidup bukan hanya tentang kerja dan duit, ada pon duit menggunung, kalau ko xde life nak buat ape??

Sunday, January 15, 2012

so true kan? (hug)

~~wedDING pt4~~




pemandangan dr tingkap umah kawan ako..ako tanya tempat tuh ape, dier kata tempat main golf tapi tak bukak lagik..huhuhuhu

singgah shell isi minyak n sarapan pagi =D

kalau xsalah ako jalan Kg bawah 60km/j bukan 40km/j!! tension follow belakang rusa TT_____TT

pit stop sebelum ke rumah kenduri..sbb ader org tuh xsiap lagik =D

~~wedDING pt3~~


bih kurang kol 4 lebey, ako sampai KL terus menacri mamak berhampiran sbb my fren xsampai pudu lagik..n pudu tutup, org xdibenarkan masuk TT_____TT

so bila dah duduk mamak of kos la teh tarik, dengan bola kannnn..time nieh ader game liverpool so xde lah bosan sangat menunggu =P

5lebih kawan ako sampai!! yeahhhhh!! jommmm!! perjalanan masih jauh..semoga segalanya indah..buat kami semua =D

~~wedDING pt2~~


perjalanan ke melaka pada 13hb Januari 2012, tepat kol 12tengah malam, bas mula bergerak dari stesen parit buntar menuju ke stesen bas puduraya, malam tuh bulan dah tak penuh, bulan tinggal separuh, tapi cahayanya masih cerah melimpahi bumi..

duduk dalam bas pon terasa cerah dengan cahaya bulan, segalanya indah, bagaikan tidur di payungi cahaya bulan =D

merenung bulan sambil dengar "talking to the moon" memberi impak yg besar. tiada kata yang boleh mengambarkan perasaan diwaktu itu. terus berharap agar semuanya terus indah =D Aminnn..

Friday, January 13, 2012

~~wedDING~~


alamak tangkap guna laptop, agak kabur yeee..tangan xbole nak tahan =P hahahaha~

malam ini akan bermula lah perjalanan

PB-KL-MELAKA-KL-PB

insya-Allah kalau xlupa bergambar, gambar akan diserta kan sekali =D

sweet dreams

~~TEMAN pt10~~


hari nieh salah seorang dari kami, dah sah menjadi hak org. lepas nieh kalau nak bersama, perlu mintak izin, perlu membataskan masa. segalanya perlu berbincang bersama, tolak ansur, semoga ikatan ini kukuh hingga akhir usia.

sebagai kawan ako hanya mampu berdoa, semoga dia sentiasa dipayungi kegembiraan dan kebahagiaan.

~~keHIDUPan pt5~~

kakak ako pesan pada ako "kejayaan tak semestinya wang ringgit, kadang-kadang bila ko lebih gembira dan lebih bahagia dari dulu pon, boleh dikirakan sebagai kejayaan.."

terus ingat pesan mak "hidup nieh jangan berkiblatkan duit"

~~keHIDUPan pt4~~

"orang tak ada suka nak tunjuk, org tak tahu suka nak cakap"

moralnya, xperlulah kamu berlebihan dalam menunjuk, dan terlalu lancang ketika berkata-kata, bersederhanalah.

Thursday, January 12, 2012

~~menCARI~~


Tuan tanah kedaun mencarik tanah tak jumpa..jumpa..naya hahaha=P

~~PENang-MELaka~~

esok malam insya-Allah akan memulakan perjalanan, parit buntar-KL-melaka belum apa-apa lagi dah terasa lelahnya, penatnya, perjalanan yang berjam2 itu, usia makin bertambah perjalanan jauh, bukan lagi pilihan..ahhhhhh..

oke!! nnt akan diupdate perjalanan parit buntar-KL-melaka-KL-parit buntar semuanya sehari..

Monday, January 9, 2012

~~TEMAN pt9~~

ada orang penah cakap, kalau nak carik kawan, jangan carik kawan yang bagi ikan waktu ko lapar, tapi cariklah kawan yang ajar ko memancing

dulu ako tak faham..

ye lah, memancing lah ikan lah..ako cuma nak kawan, kenapa pulak kawan ako nak kene bagi ikan =D sbb tuh org cakap kematangan seiring usia =D

alhamdulillah syukur, syukur sangat denagan limpahan kurniaan-NYA, DIA anugerahkan ako kawan yg sudi berkongsi ikan waktu ako lapar dan sudi mengajar ako memancing bagi pastikan ako xlapa bila dier xde =)

SYUKUR

Sunday, January 8, 2012

~~keLUARga~~

bila kakak ako selalo marah bila ako terlalu manja, tapi dier lah jugak yang manja kan ako..

bila dier marah ako selalo cakap:

"ko nak tahu kenapa ako dilahirkan sebagai anak bongsu?? untuk dimanjakan, untuk menjadi manja tahu??apa guna ader kakak and abang kalau bukan tempat bermanja??"

dan kakak ako selalo akan balas:

"ko tahu kenapa ako lahir sebagai kakak?? supaya ako bole suruh adik ako buat apa jerk yg ako nak, apa guna ader adik kalau bukan untuk disuruh??"

nampak tak kesinambungan dan saling melengkapi?? itulah namanya keluarga..

Saturday, January 7, 2012

~~TEMAN pt8~~

seminggu dari sekarang kawan ako nak kawin..ahhhhhhh mcm tak caye seyhhhhh!!

rasa mcm baru semalam jumpa di fakulti, berkawan, bergelak ketawa, mengata di kelas, melepak di kafe, berjimba-jimba di mid valley

tapi hari ini semua tuh tinggal kenangan, sebagai kawan hanya satu jerk impian ako, semoga kawan ako gembira dan bahagia. Aminn..




ikhsan lagu dari youtube =P

~~keHIDUPan pt3~~

pernah tak korang rasa hidup korang kosong?? mcm sesat dalam hutan, xtahu nak jalan lurus ke, atau patut ke kiri, atau patut ke kanan, atau patutnya patah balik jerk??

ako:

selalo sangat rasa nieh menghantui..ada org cakap jiwa ako yg kosong..perlukan pengisian katanya..seperti mana pentingnya makan. seperti itu juga, jiwa kita perlu diisi, sekerap kita makan katanya..

tapi dalam kehidupan tiada magis yg boleh buat org berubah dalam sekelip mata kan..ako hanya mendengar, dan masih begini..

benarkah jiwa ako kosong?

~~TEMAN pt7~~

pernah tak korang rasa ada masa kita rasa rapat sangat dengan dia, ada masa dan ketika kita rasa jauh sangat, rasa diabaikan, terasa seperti diri melukut di tepi gantang =)

hahahahahaha~

itu cuma perasaan atau, mmg suma akan rasa bende yg sama??

~~keHIDUPan pt2~~

pernah tak korang rasa diri macam dipermainkan dengan kehidupan, nak sangat-sangat satu bende tuh, diberi tapi penuh dengan kepalsuan..huhuhuhuhu

ada orang pernah cakap, kita kene percaya pada takdir, kalau itu dah ketentuannya..

tapi ako percaya qada dan qadar akan berubah seiring dengan doa dan usaha..

tetapi:

andai diri sudah berusaha, sehabis daya, keputusan masih tidak memihak padanya, bukalah hati, lapangkan dada, menerima semuanya sebagai suratan =D itulah kehidupan, tak pernah seiring dengan perancangan

Friday, January 6, 2012

~~status pt34~~

mak pesan jangan cakap benci, nanti sebaliknya..sedaya upaya untuk tidak membenci TT____TT

Thursday, January 5, 2012

~~keHIDUPan~~

kadang-kadang ako sentiasa ingat kan diri sendiri supaya menjadi seorang yg bersyukur..tapi end up tidak jugak

kadang-kadang susah nak puas kan hati sendiri..puas tanya pada hati "apa yg bole buat ko rasa puas" masih tiada jawapan, kalau hari nieh beli ipod dengan harapan dapat puaskan, cukup sebulan rasa ipod xcukup kene beli ipad baru puas, sampai bila rasa nieh akan terus?? masih tiada jawapan..

adakah mingkin

kerana kita hidup diatas kehendak dan impian org lain?? jadi kita sendiri tak tahu dimana letaknya limit kepuasan itu.

kita diasuh, supaya sentiasa berfikir untuk kebarangkalian yg buruk..worse case senario katanya, atau lebih biasa kita dengar "sediakan payung sebelum hujan" hinggakan kadang2 kita lupa nikmatnya dibasahi hujan..

masih tiada jawapan

mungkinkah akan ada waktu ako hanya hidup, untuk diri ini, bukan untuk org lain. terasa mustahil kan =D

dan ini lah kehidupan..tiada jawapan, penuh dengan impian dan angan-angan, tiada berpenghujung

~~pET!!~~

pernah tengok cite kimi wa petto?? itu versi jepun. versi korea movie, "you're my pet".

tahukah anda jejaka ini sangat comel, dalam cerita "you're my pet"?? tolong baca perkataan "SANGAT" itu..aishhhhhh..

**pengsan berkali-kali

~~liFE pt2~~

kadang-kadang bila nafsu melebihi kemampuan, dan keinginan melebihi keperluan, segalanya mula kabur, otak mula berfikir 1001 alasan supaya nafsu dan keinginan dipenuhi =D

tiada yang salah atau benar dalam hidup, itu cuma pendapat dan pandangan, selagi anda bahagia dengan apa yang anda lakukan percayalah kebahagiaan itu akan hadir dengan sendiri.

~~meMASAK~~

patutnya sebagai seorang perempuan, masak tuh mcm makan kacang goreng jerkkk..tapi untuk ako, masak tuh mcm telur dihujung tanduk, cmfrm jatuh pecah.

tapi hari nieh mula memasak..untuk bekal sendiri=D sejarah hidup nieh tahun 2012, ako mula memasak!! hehe skrg dah pukul 1230tengah hari masih belum hujan =D hahahahaha ada yg meramalkan hari nieh bakal hujan..

ader tangkap gambar tp xnak tunjuk..nanti cmfrm jadik bahan =P

Tuesday, January 3, 2012

~~status pt33~~

hati mudah tersentuh..kadang2 xde isu pon ako nak terasa, ako nak kecik hati..kenapa??perubahan hormon 2012 ker?? =P

~~status pt32~~

ako mula menyampah dengan bangla yang ada kat malaysia nieh! huh.. mood: menyampah

Monday, January 2, 2012

~~seTUJU!!~~

selepas bersetuju dengan pendapat Baki, untuk ombak rindu, hari nieh sekali lagi bersetuju sangat dengan pendapat kak SALOMA untuk post yg ini i need help people sangat setuju!! n yups saya suka fazura =D

p/s: kak saloma ader beats sangat jeles oke!! huhuhu

~~ombak RINDU~~

hehehe setuju dengan baki! =D

~~2011 dlm KENANGAN~~

January 2011:
mula 2011 sebagai buruh kasar, kulit makin gelap, tapak tangan mula kasar -____-"

February 2011:
post blog menjadi isu =D hehehehe~ well dulu ramai stalker. 1st time mula tgk drama korea kembali "secret garden" OPPA!! muahhhhhh!!

Mac 2011:
1st time duduk umah sewa, tido hanya berlapikkan tilam nipis, baju hanya disusun dalam kotak. Abang ipar ako berenti keje, maka haruslah dier ajak adik ipar dier pon berenti jugak kan =P mula pertimbangkan untuk berhenti keje. cermin depan Alphard pecah.

April 2011:
1st TIME TAK PEGI PESTA BUKU LEPAS 5TAHUN XPENAH MISS BOOK FAIR KL!!!!

MAY 2011:
kali ke-2 lupa lagik paswrd skype TT_____TT

JUN 2011:
cermin tepi Alphard pecah. Dapat hadiah stanza cinta =D

JULY 2011:
isu family mula menjadi isu. status FB ako menjadi isu dalam meeting. dun know y, well as i said b4, ramai stalker =P berulang nibong-kulim dengan motor =D

AUGUST 2011:
5th August 2011, ako kene PECAT =D huhuhuhu. 6th August ako mula keje tempat lain. dapat kete, produa bagi, lepas maybank setuju kasi ako pinjam duit =P perbincangan meja bulat. kes nak berbunuh di dalam keluarga. dipaksa rela tukar adress blog dengan alasan mak ayah. Berbuka puasa dengan mereka =D

SEPTEMBER 2011:
1st september dah tak keje. baru berkesempatan baca contengan jalanan. 1st time n my 1st book, bace dengan tertib tanpa baca muka surat akhir =P renovation. sibuk pegi berjalan utara selatan, dengan kete baru hahahaha~ sibuk paksa org keje, sbb org dah malas nak keje, sbb xpuas raya lagik. ako=sibuk nak kejar dateline!!

OCTOBER 2011:
mula keje di tempat baru!! =D kembali menggunakan nama JAS!! =D love it!!

NOVEMBER 2011:
date dengan kekasih hati ABG PONTI!! hehehe~ tak pegi PPN taun nieh =( sign up DropBox. mula kenal siapa BAKI, dan mula suka dengan BAKI!! BAKI!!

DECEMBER 2011:
1st time masuk wayang seat "bean bag" (ada sedikit rasa jakun disitu, terus rasa kampung sangat tauuuu TT_____TT) 1st time naik bukit bendera sejak tingkatan 4, 1st time naik titi gantung sedim, 1st time jual handphone sendiri. huhuhu

ITS AMAZING HOW MUCH THINGS CAN CHANGE IN JUST ONE YEAR!

~~TAHUN baru~~



SELAMAT TAHUN BARU!! bommmmmmm!!! kebabommmmmmmm!! (bunyik bunga api =P hahahahaha~)

tahun nieh new yer kat umah jerk, makan tempeyek dengan air rebina sambil mengadap twitter dan FB..sangat sweet kannnnnn =P masalah bila ayah bawak lari kad astro TT________TT

kalau tgk last yer ako xwish pape pon untu tahun baru sbb keje mcm kan xde lagi kehidupan lain selain keje =P tapi tahun ini, ako ader banyak masa nak wish!! SELAMAT TAHUN BARU!!! HEHEHEHE~ owh rentetan 2011 akan di buat nnt k =P