CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 15, 2012

~~one day TRIP~~

smlm ambik mak n ayah di kampung, 2org anak buah aku dah ader dekat sana..pukul 7pagi lagik si kecik umo 5thn tuh dah bising-bising sbb dier kecing kat tilam..

machu dier yg baru nak pejam mata, tension @____@ oke aku sangat bermasalah nak tido klu ader yg bising-bising sangat.. TT____TT

so xbole tido, teruslah bangun, siapkan sarapan dengan mak kat dapur, pastu kol 1030 pegi tgk rumah baru ayah..alamak xde gambar sbb lupa bawak kamera TT___TT kol 11lebey gerak g klang.

dekat klang, niat hati malas nak turun kete nak tido jerk, tapi abg ipar aku xmao tolong aku return barang reject sangat gatal oke!! geram aku!!

dr klang g kampung baru, mak n ayah xlarat nak usung cucu klu kami nak jalan KL, so g hantar mak ayah g umah abg, kami terus gerak pegi area chow kit, abg ipar ader nak tgk barang..

time nieh kakak aku xnak turun kete maka aku pon setuju nak teman kan dier kononnya, so tido dalam kete 2jam tunggu si lelaki shopping fuhhhhhh!! lama tuh pon bole ckp "alaaaa lupa nak tengok.." ako dah: "WHAT?!"

sampai umah abg aku, nasik ayam dah bersusun atas meja, terus isi perut, kenang, masuk bilek tido..kol 8lebey memasing bangun sembang2, terus siap kol 10mlm gerak balik penang..

selalonya aku bole drive terus KL-penang tanpa ada masalah, tapi akhir2 nieh klu kene drive sorang badan nieh dah tak larat sangat rasanya..

usia makin bertambaha, ketahanan badan makin menurun..dah tak berapa kuat untuk tempoh "one day trip kl-penang dah sbnarnye"..huhuhuhu nikmat yg di pinjam, mungkin dah makin dekat masanya untuk dipulangkan semula..wallahualam.

Tuesday, March 13, 2012

~~derMA~~

hari nieh rezki masih belum memihak pada diri ini, tepat pukul 3.15petang masuk sepasang suami isteri, dengan termengah-mengah, bercakap laju, si isteri nampak tak sampai hati nak bercakap, si suami jugak yg membuka mulut

menceritakan anaknya sedang penat(lelah/semput) di rumah, ubat pam(inhaler) tiba-tiba habis, dan mereka kekurangan duit RM** untuk beli yang baru, jadik mereka merayu nak pinjam wang RM**, dengan janji petang nanti dalam pukul 5-530 diorang akan dtg bayar..

mak selalo pesan, jangan mudah percaya pada org..kalau org dtg mintak derma yang bukan-bukan jangan bagi..

tapi pada pasangan suami isteri nieh, hati kecik aku sebak! serius tak tipu, aku hulur duit RM**, xtahu kenapa hati kecik ini berkata-kata

"andai mereka tipu, aku halalkan, hanya satu sahaja ya ALLAH, pinta ku, andai satu hari nanti mak dan ayah aku dalam kesusahan, yang mana aku jauh dari mereka, ENGKAU pertemukanlah mereka insan yang sudi menghulurkan bantuan..sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui Dilangit dan Dibumi"

sumpah bila aku pandang pasangan suami isteri tuh, aku rasa mcm terpandang mak n ayah aku..semoga mereka diberi kesihatan..

Sunday, March 11, 2012

~~keHIDUPan pt9~~

lately keadaan seperti tidak menyebelah kepada ku..huhuhuhu hopefully usaha seterusnya membuahkan hasil, tak sangup rasanya untuk gagal lagi dalam hidup..

mcm aku ckp sblum nieh, gagal sekali yaaa ko belajar untuk menjadi kuat, kalau gagal berulang kali, dengan kesilapan yg sama, kelihatan sangat loser disitu yaaaa..

berharap agar dapat bertahan, dan kekal disini..really hope!! **sambil pejam mata rapat-rapat**

~~BULAN~~

mlm td bulan SUBHANALLAH ciptaan Mu ya Allah sungguh sempurna..

kakak aku tetiba kol, beria-ria soh aku keluar tengok bulan, yg aku pulak tengah menahan sakit di punggung (oke!!! jangan tanya pasai pa sakit!!) aku keluar sampai pagar rumah, aku masih tak nampak lagik bulan..

kakak aku dah bising-bising so aku keluar jugak-jugak..mcm kan jatuh hukum WAJIB mandatori kene tengok bulan jugak-jugak mlm tuh!

sumpah aku membebel, kat dier kata "ko tahu tak punggung aku sakit nieh!! nak kene ambik kunci, bukak pagar, ingat senang ke aku nak jalan-jalan nieh!! punggung aku sakit tahu?!"

tapi hasil nya..ucapan syukur dan kagum kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.. serius indah =D

~~LOSER me~~

aku mmg xreti memujuk lahhh, xreti berkata-kata manis untuk tenangkan orang..

aishhhhhhh.. kelemahan paling besar..

hari ini hari besar buat kawan aku, n something happen, dier sedih, dier menangis, tapi aku xreti PUJUK!!!! demmmmmmmmmmmm!!!

shootttttttttttt!! terasa diri sangat LOSER!!!!

Monday, March 5, 2012

ada org cuba ajar aku falsah:

"tak semestinya 1 tambah 1 jawapan nya 2"

aku tak tahu lah cikgu matematik mana ajar dier mcm tuh, tapi aku nak ckp

1 tambah 1 jawapannya mmg 2 takde jawapan lain lagi dah!!

tapi kalau

"TAK SEMESTINYA 1 KENE TAMBAH DENGAN 1 UNTUK DAPAT JAWAPAN 2"

yang nieh masuk akal.


~~FALsamPAH~~

ader org tulis

"bila aku buat salah tanda aku makin pandai"

tak dinafikan tapi kalau asyik ulang kesilapan yg sama itu nama nya BODO tak bole diajar!!

Sunday, March 4, 2012

~~status pt43~~

ada sapa-sapa tak rasa apa yang aku rasa?!

aku rasa skrg masa, laju sangat berlalu..demmmmm!! tired!!

Friday, March 2, 2012

~~PILIHan pt2~~

kalau ada post/status/gambar yang terberkenan dimata, xsenang di hati, xsuka di jiwa, pada aku jauhkan, jangan diterus pembacaan, atau jangan sisambung melihat..

tak perlu meghina, tak perlu mengata, tak perlu membalas dengan nista..

bukankah melihat dan membaca itu pilihan hati?? andai, dibenci apa yg dilihat, andai dihina apa yang dibaca, tidakkah sama seperti membenci dan menghina pilihan hati kita??

kalaupun apa yg dilihat, yang dibaca itu perkara yg tak elok, memdai disematkan didalam hati, dijadikkan panduan diri..jangan digunakan untuk memerli..

~~status pt42~~

kebahagiaan adalah rahmat, berkat dan restu.

Thursday, March 1, 2012

~~uBAT~~

aku sangat penakut makan ubat, tapi kalau pil tuh bole gagah lagak hati cekal lagik lah telan, kalau yg cecair, silap hari bulan aku bole buang kat dalam sinki =P hahahahaha~

dan kalau aku telan ubat pil, aku akan telan sebijik, sebijik dengan gigihnya..so kalau ubat aku nak kene telan dekat-dekat 5-6bijik, sempat kembung perut lah nak habiskan 6biji ubat..

masalah nieh bukan masalah besar untuk mereka2 yg paksa aku makan ubat, asalkan aku makan, cuma masalah ini jadik besar bila aku nak kene telan pil chi kit teck aun

ko tgk berapa punya banyak bijik nak kene telan..ini bukan mug lagi, air satu jag baru cukup kalau aku nak kene telan, so selalunya bila aku cirit birit, aku akan mencari 1001 cara untuk elak telan pil nieh, aku ambik 100plus =P hahahahahaha

p/s: aku xkan makan ubat dengan air kosong! mesti air manis! no way! aku xsuka rasa ubat kat lidah..no no NO!

~~TiDO~~

kalau dulu zaman belajar setiap semester mesti ada masa aku akan susah nak tido, susah tahap gaban, penah tak tido, pegi kelas balik kelas kol 3 baru tido sampai kol6.

bila penyakit tuh dtg, aku akan mengalami tekanan perasaan sikit, maunya tak tertekan, 8jam ko atas katil golek-golek, mata ko tertutup, tapi otak ko berfikir, sama kesannya mcm kalau kita minum nescafe..

so skrg masuk hari nieh dah 6hari aku xbole tido malam..dan bende nieh mula nak membunuh aku dalam diam! tension!

buat kesilapan itu baik, tapi mengulangi kesilaan itu bodoh TT____TT

ya Allah jadikkan lah ini yang terbaik buat ku, sesungguhnya, hati ini sudah terpaut, terrikat, sesungguhnya hamba Mu lupa dan alpa tentang makna usaha, janganlah Engkau tarik segalanya..

~~keHIDUPan pt8~~

lumrah manusia, mudah lupa =D

bila hari ini dirinya teringat dan merindui, barulah dirinya akan menegur, akan bercerita, jika lupa terus ditinggalkan, terus dilupakan..

bila hari ini dirinya merasakan makian, menghina bukanlah perbuatan yang baik untuk menegur, dirinya akan menghukum mereka yg berbuat demikian, jika lupa atau bila rasa marah menguasai diri, dirinya dengan lantang dan bongkak nya akan menghina, maki, mereka yg menguris hatinya..

bila hari ini rezkinya murah, tersenyum, lebar, mendabik dada, tapi bila rezkinya ditarik, jalan menunduk, hanya mampu termenung, lemah melangkah, menyalahkan takdir..

itu lumrah, tiada apa yg baru, kerana itu bersederhanalah, berkongsilah, tegurlah =D semoga mac lebih baik dari feb, semoga ini yg terbaik dan terakhir buat ku..ya Allah

~~MALas pt2~~

anda akan menjadi sangat tidak termotivasi bila anda berhenti untuk belajar. jangan berhenti membaca, kerana anda tidak akan tahu apa yang anda bakal jumpa dalam satu ayat.

~~syukur-ALHAMDULILLAH~~

syukur..syukur..syukur alhamdulillah ke hadrat Allah, yang Maha Mengetahui di langit dan di bumi, kawan aku tweet, bagi tahu segalanya selesai dengan baik, Alhamdulillah..


ALHAMDULILLAH, SYUKUR

p/s: take care babe