CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 13, 2012

~~derMA~~

hari nieh rezki masih belum memihak pada diri ini, tepat pukul 3.15petang masuk sepasang suami isteri, dengan termengah-mengah, bercakap laju, si isteri nampak tak sampai hati nak bercakap, si suami jugak yg membuka mulut

menceritakan anaknya sedang penat(lelah/semput) di rumah, ubat pam(inhaler) tiba-tiba habis, dan mereka kekurangan duit RM** untuk beli yang baru, jadik mereka merayu nak pinjam wang RM**, dengan janji petang nanti dalam pukul 5-530 diorang akan dtg bayar..

mak selalo pesan, jangan mudah percaya pada org..kalau org dtg mintak derma yang bukan-bukan jangan bagi..

tapi pada pasangan suami isteri nieh, hati kecik aku sebak! serius tak tipu, aku hulur duit RM**, xtahu kenapa hati kecik ini berkata-kata

"andai mereka tipu, aku halalkan, hanya satu sahaja ya ALLAH, pinta ku, andai satu hari nanti mak dan ayah aku dalam kesusahan, yang mana aku jauh dari mereka, ENGKAU pertemukanlah mereka insan yang sudi menghulurkan bantuan..sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui Dilangit dan Dibumi"

sumpah bila aku pandang pasangan suami isteri tuh, aku rasa mcm terpandang mak n ayah aku..semoga mereka diberi kesihatan..

1 comments:

Liyana said...

sedey T_T aku nanges.