CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 24, 2009

~~sURat HawA kEPada ADam~~

surat nieh penah ako bace di Matrik dulu; kini ako nak kongsi ngn sumer=D tapi xberape sure isi niye sama o dah diolah tapi objektifnya tetap sama.

Adam
maafkan daku jika coretan ini memanaskan hati mu
sesungguhnya ako adalah hawa, teman mu yg kau pinta disaat kesunyian di syurga dahulu
aku asalnya dr tulang rusukmu yg bengkok
jadi tidak hairan lah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan dari mu
sentiasa terpesong dari landasan, kerana ako buruan syaitan

adam
Maha Suci Allah yg metakdirkan kaumku lebih ramai bilangan dr kaummu diakhir zaman
itu sebenarnya ketelitian Allah dlm urusannya
jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merah lah dunia kerana darah manusia, kacau bilau suasana
adam sesama adam bermusuhan kerana hawa
buktinya cukup nyata dr peristiwa Habil&Qabil sihinggalah pada zaman cucu cicitnya
pun haruskah Adam beristeri lebih dr satu tapi tidak lebih dr empat pada satu masa?

Adam
bukan ramainya isterimu yg membinbangkan ako,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkan ako,
tapi...ako risau, gundah gulana menyaksikan tingkah mu
aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa ako msti tunduk ketika menjadi isterimu
namun tersa berat pula intukku menyatakan isi perkara

Adam,
ako tahu bahawa kau tahu dlm Al-Quran yg menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
kau diberi amanah untuk mendidik ku
kau diberi tanggungjawab tuk menjaga ku
memerhati dan mengawasai ako agar sentiasa di salam redha Tuhan ku dan Tuhan mu
tapi adam,
nyata dan rata-rata apa yang suda jadi pada kaumku kini,
ako dan kaumku telah ramai menderhakaimu
ramai yang telah menyimpang dr jalan yg ditetapkan

asalnya Allah menghendaki ako tinggal tetap dirumah
dijalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempat ku
jika terpaksa ako keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut
tapi.. realitinya kini, hawa lebih dr sepatutnya

adam
mengapa kau biarkan ako begini?
ako jadi ibu, ako jadi guru, itu sudah tentu kata mu
ako ibu dan guru pada anak-anak mu
tapi sekarang diwaktu yang sama, ako menguruskan hal negara, ako kehutan memikul senjata
padahal kau duduk sahaja
ada diantara kau yang menganggur tiada kerja
kau perhatikan sahaja ako panjat tnagga di pejabat bomba
kain ku tinggi menyingsing peha mengancam
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam
marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa yang terpesona,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu Adam?
YA! ramai yang mengatakan jika anak jahat emak bapak tidak pandai mendidik
jika murid bodoh, guru yg tidak pandai mengajar
Adam kau selao kata,
Hawa sememangnya degil, tidak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yg daif ini adam
seharusnya kau tny dirimu, apakah didikan mu terhadap ku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri2 nya?
Apakah adam melayani hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Apakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh kaum Hawa?

Adam
Kau sebenarnya Imam dan ako adalah Makmummu,
ako adalah pngikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua
jika kau benar maka benarlah ako
jika kau lalai, maka lalai lah ako
kau punay kelebihan akal manakala ako kelebihan nafsu
akal mu sembilan, nafsumu satu
ako..akal ku satu nafsuku beribu

dari itu Adam pimpinlah tngan ku
kerana ako sering lupa dan lalai
sering ako tergelincir ditolak sorong oleh nafsu kuncu-kuncunya
bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah perdengarkanlah daku kalimah
syahdu dari Tuhan mu agar menerangi hidupku
tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar ako menjadi mujahidah kekasih Allah

Adam
adainya kau masih lalai dengan kerenahmu sendiri,
masih segan mengikuti langkah para sahabat
masih gentar mencegah munkar
maka kita tunggu dan lihatlah
dunia ini akan hancur bila kaumku yg akan memerintah
malulah engkau Adam,
malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..

0 comments: